
Bagaimanapun, dua jam kemudian, polis dapat mengesan kereta dinaiki suspek di kawasan perindustrian USJ1 sebelum mengejar kenderaan itu selama beberapa minit.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah, kereta dipandu suspek dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh pagar sebuah bangunan di Jalan Industri USJ1/10, kira-kira jam 1.45 tengah hari.
“Suspek kemudian menembak ke arah polis menggunakan pistol jenis revolver dalam usaha melarikan diri selepas dikepung,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Omar berkata, pihaknya melepaskan beberapa das tembakan dan mengenai kepala suspek.
“Pemeriksaan polis mendapati suspek adalah ahli kumpulan penjenayah yang aktif mencuri kereta mewah di sekitar Lembah Klang sejak tahun lalu,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya menemui satu plat pendaftaran dalam but kereta yang dipercayai plat kenderaan milik seorang ahli perniagaan kedai emas Tomei yang dilaporkan hilang Ahad minggu lalu di Petaling Jaya.
Katanya, dalam pemeriksaan lanjut, polis turut menemui sepucuk revolver pada mayat suspek.
“Siasatan juga mendapati suspek pernah ditahan polis pada 13 November tahun lalu di Pandamaran, Klang kerana memiliki kereta curi.
“Suspek didakwa di mahkamah pada Disember tahun lalu sebelum diikat jamin dan menunggu sebutan semula kes pada 25 Januari ini,” katanya.
Katanya, berdasarkan taktik, kumpulan penjenayah berkenaan memecah masuk rumah dan mengikat mangsa sebelum melarikan kenderaan mewah mereka.
“Kebanyakan kenderaan sasaran kumpulan ini ialah jenis Mercedes Benz dan suspek dipercayai terbabit dalam lebih 10 kes curi kereta mewah.
“Polis sedang mengesan saki baki ahli kumpulan terbabit yang masih bebas,” katanya.
Mayat suspek dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. - Mymetro
No comments:
Post a Comment