18 January 2010

Kes saman bapa Nurin ditentu menerusi bicara penuh

KUALA LUMPUR: Kes saman terhadap kerajaan yang difailkan oleh bapa Nurin Jazlin atas kecuaian sehingga gambar bedah siasat kanak-kanak malang itu tersebar dalam internet akan ditentukan menerusi perbicaraan penuh.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menarik balik permohonan awalnya untuk membatalkan saman tersebut.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu tanpa kos dalam kamar selepas mendengar hujah daripada peguam Jazimin, Harjinder SinghSandhu dan Peguam Kanan Persekutuan, Noorin Badaruddin dan Zureen Elina Mohd Dom. Harjinder kemudian memberitahu pemberita bahawa Zabariah berpendapat bahawa kes itu perlu diputuskan menerusi perbicaraan penuh dan tidak sesuai untuk ditentukan secara penghakiman ringkas. - Bharian

No comments:

Post a Comment