18 January 2010

Muntik ditemui terbaring dalam tandas dengan tangan terikat

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pembantu rumah warga Indonesia, Muntik Bani, ditemui di atas lantai tandas rumah majikannya dalam keadaan terbaring, tangan berikat dan kepalanya botak.

Yeni Marianti Sudirman, 30, warganegara Indonesia, berkata beliau menemui Muntik dalam keadaan itu selepas anak lelaki majikan mangsa yang berumur kira-kira tiga tahun menunjukkan ke arah pintu tandas sambil berkata "akak, akak".

"Pintu tandas itu dikunci dari luar menggunakan selak dan selepas saya buka pintu, saya nampak orang itu (Muntik) seperti sedang tidur, tangan diikat dan kepalanya botak.

"Saya nampak dia dari bahagian atas badan sahaja sebab saya tidak buka habis pintu tandas itu kerana saya takut. Masa itu saya tidak cam sama ada dia lelaki atau perempuan," katanya semasa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani, pada hari pertama perbicaraan kes A Murugan, 35, yang didakwa membunuh Muntik, 40.

Tertuduh, penjual air tebu, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di No 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, Klang, antara 18 dan 20 Oktober lalu dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Saksi ketiga pendakwaan itu yang juga jiran Murugan berkata, beliau terus meminta diri daripada isteri tertuduh untuk pulang ke rumahnya dengan memberi alasan bahawa beliau takut suaminya akan marah. - Bharian

No comments:

Post a Comment