18 January 2010

Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh balkoni apartmen

JOHOR BAHRU: Kanak-kanak berusia lima tahun maut selepas terjatuh dari balkoni di tingkat lapan Apartmen Larkin Idaman di sini, hari ini.

Kejadian yang menimpa A Sanjit itu disedari bapa saudaranya kira-kira jam 7 pagi selepas beliau dan isteri pulang daripada menghantar ibu kanak-kanak itu, S Sarasvati, 29, ke Terminal Bas Larkin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaakob, berkata kanak-kanak itu ditinggalkan bersendirian di apartmen terbabit kerana masih tidur ketika keluarganya keluar dari rumah itu.

“Sebelum meninggalkan apartmen itu, mereka mengunci pintu utama dan pintu jeriji. Pintu ke balkoni tidak dikunci dan Sanjit dipercayai memanjat balkoni itu untuk mencari ibunya.

"Bedah siasat sudah dijalankan di Hospital Sultanah Aminah," kata Zainuddin.

Kanak-kanak itu dan ibunya tiba dari Pulau Pinang baru-baru ini kerana ibunya mahu melaporkan diri bekerja di Singapura hari ini. - Bharian

No comments:

Post a Comment