RAWANG 9 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan program Juara Rakyat yang menurutnya, sebagai tanda UMNO menerima isyarat daripada rakyat supaya kembali mendampingi rakyat selepas ditolak pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lepas.
"Kita pilih Juara Rakyat sebagai tema kita kerana UMNO dan rakan dalam Barisan Nasional (BN) dengan segala perasaan rendah diri menerima keputusan pilihan raya umum lepas, yang mana rakyat telah memberi isyarat kepada UMNO dan BN.
"Kami dengar dan kami terima bahawa rakyat telah memberi teguran kepada UMNO dan BN, teguran itu kami akan hayati bukan saja kami dengar tapi kami insaf bahawa dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat ialah kuasa keramat dan mutlak,” katanya.
Program itu dilancarkan penuh meriah apabila lebih 20,000 pengunjung pelbagai peringkat usia dan tanpa mengira kaum membanjiri tapak program di Bandar Bukit Sentosa, dekat sini.
Program tiga hari itu telah dilancarkan semalam. - Bernama
* Ya. Juara tekan rakyat.
No comments:
Post a Comment