KUANTAN 9 Jan. - Polis Pahang meningkatkan kawalan di semua gereja dan masjid di seluruh negeri ini berikutan insiden dua buah rumah ibadat yang terbakar selepas dilempar bom petrol di Lembah Klang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Komisioner T.Narenasagaran berkata, setakat ini, tiada kejadian tidak diingini membabitkan kedua-dua rumah ibadat itu berlaku di negeri ini.
Menurut beliau, kawalan turut diberikan di masjid bagi mengelakkan sebarang cubaan ‘serangan balas’ selepas insiden kebakaran gereja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, awal pagi semalam. – Utusan
No comments:
Post a Comment