PUTRAJAYA 12 Jan. – Sejumlah 39,046 warganegara India ‘hilang’ di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh dan perkara itu merupakan isu yang membimbangkan bagi negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, mereka tidak dapat dikesan daripada rekod Jabatan Imigresen, menurut anggaran yang dibuat pada Jun tahun lepas.
Keadaan tersebut menyebabkan jabatan itu kurang berminat mengeluarkan visa waktu ketibaan kepada warganegara India kerana kemudahan berkenaan telah disalahgunakan, terutama mereka dari Chennai, katanya.
"Mereka ini yang datang ke Malaysia melalui kemudahan visa waktu ketibaan mungkin telah kembali ke India atau masih berada di negara ini... (mungkin) bekerja di restoran-restoran India.
"Kami tidak tahu di mana mereka ini berada sekarang... kemungkinan masih berada di Malaysia atas alasan ekonomi,” katanya dalam temu bual dengan para wartawan India yang sedang dalam rangka lawatan ke sini, di pejabatnya di sini semalam.
Najib membayangkan beliau mungkin akan membangkitkan isu itu pada lawatan rasmi tiga hari beliau ke India, bermula 19 Januari. - Bernama
* ...atau menjadi warganegara sini?
No comments:
Post a Comment