SHAH ALAM 12 Jan. – Dua penjenayah warga Indonesia iaitu saki-baki ahli kumpulan Geng Roy mati ditembak polis di sebuah tangki simpanan air di Puncak Perdana di sini awal pagi ini.
Kedua-dua mereka yang dikenali sebagai Don, 30, dan Ferdi, 20, maut dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu setelah cuba menyerang polis menggunakan parang.
Don merupakan adalah adik kepada ketua geng itu, Roy yang ditembak mati polis di Jalan Merak Kesuma, Kayangan Height di sini pada Ogos tahun lalu. – Utusan.
No comments:
Post a Comment