12 January 2010

Mayat tauke butik terperosok

RAWANG: Seorang wanita yang juga pengusaha butik pakaian maut dalam keadaan mengerikan apabila tersepit selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh penghadang lebuh raya di Kilometer 451, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran susur keluar Rawang Selatan, semalam.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa, Cheah Ping Sim, 27, dalam perjalanan dari Puchong ke Alor Star, Kedah.

“Mangsa yang memandu laju dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum merempuh kuat penghadang besi di tepi lebuh raya. Rempuhan kuat berkenaan menyebabkan beberapa batang besi penghadang kiri lebuh raya tercabut sebelum kenderaan mangsa berpusing ke arah bertentangan.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa cedera parah di kepala, leher dan badannya. Kecederaan parah dialami mengakibatkan mangsa mati serta-merta di tempat kejadian. Hentakan kuat itu menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk kereta,” katanya.

Berikutan itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang bergegas ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

Pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit bagi mengeluarkan mayat mangsa.

Kemalangan itu turut menyebabkan berpuluh helai pakaian di dalam beberapa beg dipercayai milik pelanggan mangsa bertaburan di lokasi kemalangan. - Bharian

No comments:

Post a Comment