[DIKEMAS KINI, 9.30 MALAM] KUALA TERENGGANU: Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut hari ini telah memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan pada pukul 9.30 malam tadi.
Mohd Abdul Wahid memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 30,552 undi.
Beliau menang dengan majoriti 2,631
Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekaligus kehilangan wang deposit.
Wan Ahmad Farid memperolehi jumlah besar undi pos iaitu sebanyak 1,039 berbanding Wan Abdul Wahid dengan 86 undi, manakala calon Bebas, Azharudin dengan satu undi.
Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian ahli Parlimennya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada 28 Oktober lalu ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. - Mstar
* Mungkin selepas ini Umno tidak akan benarkan Ezam hadir ke mana-mana pilihanraya kecil kerana ada orang kata dia bawa sial buat Umno.
PAS dapat beberapa peluru last minutes:
ReplyDelete1. Pegawai SPR letak jawatan.
2. Kes Altantunya dikaitkan semula dengan Najib di mahkamah.
3. Bukti Najib tidak pegang janji pilihanraya kecil.
Tahniah kepada petugas Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus menewaskan jentera ala tentera Barisan Nasional.
PAS dah menang. DSAI perlukan 28 lagi kerusi parlimen, kan?
Tolong lah sesiapa sponsor badminton racket kepada semua ahli parlimen BN