[DIKEMAS KINI, 8.50 MALAM] KUALA TERENGGANU: Calon PAS, Mohd Abd Wahid Endut dipercayai kini telah mempunyai undi yang selesa untuk menang kerusi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
Difahamkan, beliau telah memperolehi majoriti yang selesa berdasarkan pengiraan tidak rasmi.
Dalam pada itu, penjumlahan undi di Stadium Negeri di sini, menunjukkan calon PAS memperolehi 22,004 undi manakala calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh memperoleh 21,461 undi.
Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 136 undi.
Perkembangan terbaru itu adalah berdasarkan pengiraan 100 daripada 144 peti undi yang selesai dikira setakat ini.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan kira-kira pukul 8.45 malam tadi.
Wan Ahmad Farid memperolehi jumlah besar undi pos iaitu sebanyak 1,039 undi.
Sementara itu, Mohd Abd Wahid hanya memperoleh 86 undi manakala calon Bebas, Azharudin dengan satu undi.
Pilihan raya kecil ini diadakan selepas kematian ahli Parlimennya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada 28 Oktober lalu ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. - Mstar
No comments:
Post a Comment