LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

10 January 2016

Ahli PAS Dilarang Hadir Majlis Amanah Dan DAP

Admin | 7:50 PM |
PETALING JAYA: Ahli PAS kini 'dilarang' daripada menghadiri mana-mana majlis atau acara berkaitan Parti Amanah Negara (Amanah) atau DAP, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya, setiap ahli juga perlu memohon kebenaran daripada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terlebih dahulu untuk menghadiri program anjuran mana-mana parti politik lain.

Menurut pekeliling oleh Takiyuddin kepada ahli-ahli parti pada Ahad, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah membuat keputusan itu semasa mesyuarat pada Jumaat untuk 'mengekalkan perpaduan parti dan untuk mengelakkan perlanggaran perlembagaan dan arahan parti'.

Kenyataan itu mengarahkan supaya arahan itu disampaikan kepada ahli parti di semua peringkat.

"Ahli PAS adalah dilarang untuk mengambil bahagian, melibatkan diri, bekerjasama, membantu atau menyertai mana-mana program Amanah atau DAP di semua peringkat," kata pekeliling itu.

"Ahli PAS mesti mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum menghadiri mana-mana program atau aktiviti politik yang dianjurkan oleh mana-mana parti politik lain di mana mereka telah menerima jemputan," kata beliau.


Pengecualian kebenaran untuk sebarang acara yang dianjurkan oleh DAP dan Amanah adalah 'dilarang terus'.

Ahli-ahli parti juga diingatkan supaya tidak melanggar sebarang perlembagaan parti, khususnya dalam Fasal 16 dan 82 yang merangkumi disiplin dan hak-hak ahli. - Mstar

6 comments :

  1. Sudah la weiiii Takhayuddin.
    lu ingat kita pilih lu org jd wakil rakyat itu hari utk nak jadikan kita org lembu kau orang ka. PORAHHHHHH...
    Lembu2 saja yg layak ikut arahan bodoh kau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini contoh kepimpinan PAS berotak bingai. Hang sapa nak halang kami mengikuti program Amanah? Kami tetap ikut perkembangan Amanah yang jelas membela rakyat berbanding dengan kepimpinan PAS. PAS pengkhianat rakyat.

      Delete
  2. kah kah kah
    dosa UMNO kepada PAS dan ahli-ahlinya sudah suci murni, maklumlah yang mengampunkannya adalah setiausaha Agong.
    Sekarang kau nak sekat orang dari dengar ceramah Amanah, sedangkan ceramah UMNO dan Perkasa kau biarkan.
    Kenapa bodoh sangat orang kota baru undi mamat ini.

    ReplyDelete
  3. Jadilah ahli ahli Pas katak dibawah tempurung. Hanya pendapat parti sendiri yang didengar.Pendapat orang lain tutup telinga. Bingai punya pemimpin. Nanti kata penganut pemikiran kominis marah.

    ReplyDelete
  4. Tak boleh hadir majlis AMANAH... lawan amanah adalah khianat.... so ahli PAS boleh hadir dalam majlis KHIANAT.

    ReplyDelete
  5. Nak sekat2 org nak dengar ceramah ape ke bende....bengong punya SU Pas ni.
    rasa kalau puak2 bangang ni memerintah..habis jadi satu parti ja negara ni...parti Pas ja yg ada.


    ReplyDelete