LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

17 January 2016

Kerjasama putus jika PKR khianati Pas

Admin | 12:45 AM |
PUTRAJAYA - Pas tidak teragak-agak memutuskan kerjasama politik dengan PKR sekiranya parti pelbagai kaum itu mengikut jejak langkah DAP.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Pas tidak akan membiarkan rakan tahaluf siyasinya melakukan sabotaj bersama musuhnya di kawasan Pas.

"Prinsip Pas tidak bekerjasama dengan pengkhianat, walaupun PKR ada perjanjian dengan Amanah dan DAP, namun kita kena tengok dari semasa ke semasa.

"(Tindakan) PKR meraikan program Amanah menyerang kawasan Pas seolah-olah sabotaj kepada Pas. Kita tak boleh berkawan dengan orang yang berkawan dengan musuh kita," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Usahawan Haraki, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin semalam bahawa PKR tetap bekerjasama dengan DAP dan Pas bagi menghadapi PRU14 khususnya di Selangor.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin juga berkata, Pas tidak mahu 'diperkuda' oleh PKR seperti mana yang dilakukan DAP bagi memenangi pilihan raya lalu.

"PKR (mahu) guna tenaga kita untuk pilihan raya (PRU14), lepas pilihan raya pula, ia mempergunakan kita ini bukan untuk prinsip Islam," tegasnya.

Rabu lalu, Pas Kelantan telah menghantar surat bantahan rasmi kepada PKR berhubung kehadiran pemimpin PKR negeri itu dalam majlis anjuran Amanah.

Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Sehubungan itu, Mohd Khairuddin menyerahkan kes tersebut kepada kebijaksanaan Pas negeri untuk menanganinya.

"Kita sedia bersendiri walaupun tanpa DAP dan PKR, kita juga boleh bekerjasama dengan parti-parti baharu yang lain

"Kita akan bekerjasama juga dengan NGO untuk buat kerjasama politik ke arah politik baru tanpa mengabaikan keperluan rakyat itu khususnya dalam menghadapi pilihan raya akan datang," katanya lagi. - SH

7 comments :

  1. butuh mu pas. sembang bikin bimbang. lancau berani pututs dengan pkr.

    ReplyDelete
  2. Cari alasan utk salahkan parti laen..haramjadah sungguh.

    ReplyDelete
  3. Putus lah tak sabar tengok Pas belah dari Kerajaan Selangor. Dah khinat dah pun bila Azmin lantik Ahli PBT dari amanah. Sembang ja lebih Pas nih
    Tunggu lah PRU14

    ReplyDelete
  4. PAS ni parti tak sedar diri. Rakyat marhaen akan menghukum kamu nanti. Tengok sekeliling dan rasa denyut nadi rakyat yang sengsara ketika ini. Tumbangkan kerajaan BN dan gantikan dengan yg baru yakni PH. Mu sedar tak ni PAS ? Syok sendiri yea.

    ReplyDelete
  5. PAS tak mau di perkuda olih PKR tapi setuju jadi keldai dan hamba abdi olih UMNO porah cakap macam spt orang sewel dan gila

    ReplyDelete
  6. PAS tak mau di perkuda olih PKR tapi setuju jadi keldai dan hamba abdi olih UMNO porah cakap macam spt orang sewel dan gila

    ReplyDelete
  7. Parti PAS ni dah kena penyakit meroyan. Woi...belah la dari PKR. Faham lah orang dah menyampah dengan mu PAS.

    ReplyDelete