06 October 2015

Tun M Terima Amaran Tegas

KEPONG : Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) menerima amaran tegas supaya tidak sesekali mencampuri urusan UMNO terutama sekali saat parti itu sedang berhadapan dengan konflik dalaman.


Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan keyakinan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dalam mengendalikan pemasalahan dalaman parti itu.

Tegas Tengku Adnan lagi, Tun M sudah tiada kuasa dan meminta supaya hanya mereka yang terlibat sahaja menyelesaikan kemelut parti Melayu itu.

Beliau mengulas mengenai kritikan terbuka dan berterusan Tun M terhadap dakwaannya bahawa Ahli Parlimen Pekan itu adalah punca utama kejatuhan nilai mata wang negara yang mencecah RM 4.46 berbanding dolar Amerika Syarikat.

Tengku Adnan mengingatkan kepada semua pucuk pimpinan serta ahli UMNO yang lain supaya jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang disebarkan mengenai Najib termasuk daripada pihak Tun M sendiri.
“Majlis Presiden telah bersetuju supaya Timbalan Perdana Menteri turun ke setiap negeri, beri penjelasan kepada ahli UMNO dahulu di empat peringkat apa yang sebenarnya berlaku.

"Jangan dengar saja kerana fitnah yang berlaku semudah pakai tangan saja. Fitnah semuanya,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, tindakan dari pihak UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka yang mengadakan perjumpaan tertutup dengan menjemput Tun M sedikit pun tidak melemahkan pentadbiran Najib.
“Bila hal ini berlaku, orang ingat nak mengeruhkan situasi, macam Tun Mahathir cakap, barangkali Tun Dr Ling Liong Sik ingat ia akan melemahkan pentadbiran Najib.

"Pada pendapat saya, tidak. Saya fikir sebaliknya ia akan menguatkan kerana kita tak mahu orang luar campur tangan,” katanya.
- mD

No comments:

Post a Comment