LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

06 October 2015

Pas kecam tindakan Najib salam dengan PM Israel

Admin | 2:18 PM |
SHAH ALAM - Pas menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersalaman dengan Perdana Menteri Israel  Benjamin Netanyahu sebagai satu pengkhianatan terhadap umat Islam antarabangsa.


Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata Najib gagal mengambil kira sensitiviti konflik yang semakin meningkat di rantau Timur Tengah khususnya di Palestin.

“Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Pejabat Perdana Menteri, pertemuan di antara Najib dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tidak sepatutnya berlangsung sama sekali dan wajib dikecam.

“Tindakan perdana menteri kita berjabat tangan dengan perdana menteri Israel ibarat lagak dua orang kawan seolah-olah tiada apa yang berlaku merupakan satu insiden pengkhianatan terdapat usaha umat Islam antarabangsa untuk menekan dan meminggirkan Israel,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Najib menafikan dakwaan kononnya beliau mengadakan perjumpaan dengan Benjamin Netanyahu sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, baru-baru ini.
Jelasnya, beliau sebenarnya telah bertembung dengan pemimpin itu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas Netanyahu selesai berucap dan beliau pula selepas itu.

Menurut Nasrudin, tindakan Najib bersalaman dan dirakamkan tersenyum dengan Benjamin Netanhayu menghantar isyarat bahawa Malaysia sebenarnya memandang remeh terhadap apa yang sedang berlaku di Palestin.

 “Di kala perdana menteri Malaysia dirakamkan tersenyum bertemu ketua pengganas Israel itu dan dipuji pula oleh akhbar negara haram tersebut, rakyat Palestin kini sedang terkepung di Masjidil Aqsa untuk mempertahankan tanah suci umat Islam itu daripada dicerobohi Israel.

 “Ucapan kritikan Najib pada Perhimpunan Agung PBB itu yang menuduh Israel melakukan kekejaman nyah-kemanusiaan secara sistematik, kini dilihat tidak lebih daripada satu gimik politik yang dibayangi oleh insiden berjabat tangan tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, Pas mendesak agar Najib memberi penjelasan rasmi dalam sidang Parlimen kelak dan memulakan usul untuk mencela tindakan perdana menteri berjabat dengan perdana menteri Israel.

“Apa yang pasti, bukan sahaja kepimpinan perdana menteri di dalam isu domestik telah gagal malah beliau juga gagal membuat penegasan terhadap polisi luar negara yang sepenting ini.

“Sesungguhnya kegagalan perdana menteri kali ini berganda-ganda,” katanya. - SH

No comments :

Post a Comment