LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

06 October 2015

Mohon maaf dalam masa 7 hari atau berdepan saman, Najib beritahu Ling

Admin | 10:29 AM |
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi tempoh 7 hari kepada Tun Dr Ling Liong Sik memohon maaf kepadanya atau berdepan tindakan undang-undang kerana memfitnahnya menyalahgunakan dana pelaburan kerajaan bagi tujuan peribadi, kata peguam.

Tindakan tersebut diambil atas kapasiti peribadi Najib berikutan kenyataan bekas presiden MCA itu dalam laporan media bertajuk “MCA’s Liong Sik joins call for Najib’s ouster for allegedly putting people’s money in his own pocket” dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata kenyataan fitnah bekas menteri pengangkutan itu dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris membawa maksud Najib menyalahgunakan dana pelaburan kerajaan ke dalam akaun peribadinya untuk kepentingan sendiri.

Peguam Najib itu berkata, surat tuntutan permohonan maaf itu sudah dihantar kepada Ling melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

“Kenyataan itu juga membawa maksud anak guam kami menyalahgunakan amanah yang diberikan rakyat Malaysia dengan menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi syarikat pelaburan negara, 1MDB dan juga sebagai pemimpin negara.

“Ia juga membawa maksud anak guam kami tidak cekap, terlibat dalam skandal kewangan untuk menipu rakyat Malaysia serta tidak layak menjadi pengerusi Barisan Nasional (BN) yang mengandungi 13 parti politik termasuk MCA,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur malam tadi.

Sabtu lalu, Ling menyertai Tun Di Mahathir Mohamad, menggesa Najib berundur daripada jawatannya, lapor Malaysiakini.

Portal berita itu melaporkan, beliau bersetuju dengan bekas majikannya Dr Mahathir, kerana Najib "mengambil duit orang lain dan memasukkannya ke akaun peribadi".

"Saya bersetuju dengan Dr Mahathir, sebab dia ambil duit orang masuk dalam akaun peribadi dia," Ling dipetik sebagai berkata pada sidang di Kuala Lumpur.

Hafarizam berkata, tuduhan bekas presiden MCA itu adalah satu fitnah dan merosakkan reputasi perdana menteri.

“Arahan anak guam kami ialah anda dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan tidak benar dan fitnah, hingga mencemarkan reputasi anak guam kami di dalam dan luar negara,” katanya. - TMI

No comments :

Post a Comment