LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

16 September 2015

Ribuan bewarna ‘jingga’ banjiri pelancaran parti Amanah pagi ini

Admin | 11:11 AM |
Ribuan individu berbaju berwarna jingga membanjiri pelancaran perdana Parti Amanah Negara (Amanah) di Shah Alam hari ini yang dimulakan dengan ucapan daripada setiausaha agungnya, Anuar Tahir.

Anuar dalam ucapannya berkata, parti yang baharu berusia 16 hari ini kini berjaya menarik lebih 30,000 ahli.

Katanya, Amanah yang sudah mempunyai 105 cawangan menyasarkan 100,000 ribu ahli sehingga hujung tahun ini.

"Negeri penyertaan tertinggi ialah Kelantan, diikuti Johor dan Selangor.

"Dalam tempoh 15 hari secara kilat menubuhkan 105 kawasan di seluruh Malaysia.  Parti ini hanya wujud di peringkat nasional tanpa cawangan.

"Setakat semakan semalam, 30,018 ahli baharu. Atas arahan presiden kita menyasarkan 100,000 ahli pada 31 Disember ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah merujuk kepada Mohamad Sabu.

Turut hadir ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong dan Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Nasution Ismail. - TMI

2 comments :