LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

16 September 2015

Polis sahkan mayat bersimen adalah Morais

Admin | 1:36 PM |
SUBANG - Polis pada sidang media sebentar tadi mengesahkan mayat yang ditemui bersimen dan diletakkan di dalam tong di kawasan terbiar Jalan Subang 3, di sini, pagi tadi adalah Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.

Konkrit yang menempatkan mayat itu sudah dipecahkan dan mayat mangsa sudah dikenal pasti.

Pada 4 September lalu, Morais dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Sehari selepas itu, sebuah kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord tanpa nombor enjin dan casis yang sudah dirosakkan dan hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata, pihaknya yakin dapat menyelesaikan kes itu dengan kadar segera berdasarkan petunjuk baharu yang ditemui. - SH

No comments :

Post a Comment