LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

24 September 2015

‘Kami jemput tapi Pas tolak, ucap terima kasih’

Admin | 7:39 AM |
SUBANG JAYA – “Pas sekadar mengucapkan terima kasih atas jemputan persidangan meja bulat dan tidak dapat menghadirkan diri buat masa ini,” demikian ujar Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Ditanya adakah rundingan akan dibuat dengan Pas pada masa akan datang, Wan Azizah berkata, pihaknya akan sentiasa mengalu-alukan Pas untuk membincangkan usaha bersama dalam memperkukuh kubu pertahanan pembangkang untuk menentang kerajaan.

“Kita (sentiasa) bersifat terbuka. Kita ini adalah antara mereka yang bersama-sama menentang kepimpinan kerajaan sekarang,” katanya kepada pemberita dalam sidang media pembentukan pakatan baharu, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, buat waktu ini pendirian Pas adalah masih bekerjasama dengan PKR tetapi tiada jalinan kerjasama antara Pas dengan DAP mahupun Parti Amanah Negara (Amanah).

Pakatan Harapan hari ini ditubuhkan selepas rundingan meja bulat antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan pakatan pembangkang baharu di sebuah hotel di sini.

Dalam pada itu, Wan Azizah turut menolak pembubaran Pakatan Rakyat yang pernah dibentuk antara Pas, DAP dengan PKR terdahulu.

“Tidak.. Saya tidak katakan Pakatan Rakyat terdahulu tidak berfungsi,” balasnya ringkas.

Ketika disoal mengenai perbezaan antara pembentukan Pakatan Harapan dengan Pakatan Rakyat, Wan Azizah menjawab, pihaknya buat masa ini sedang membincangkan polisi terbaharu yang akan dipersetujui oleh kesemua parti dalam pakatan baharu ini.

“Kami akan mengkaji kesesuaian terma-terma dan meminta persetujuan parti yang berada dalam pakatan ini sebelum memutuskan polisi dan perlembagaan baharu.

“Buat masa ini, semuanya masih di peringkat perbincangan,” katanya lagi. - SH

No comments :

Post a Comment