LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

24 September 2015

Amanah sedia terima Pas, asal tidak berpecah lagi

Admin | 7:35 AM |
SUBANG JAYA - Parti Amanah Negara (Amanah) sedia menerima Pas untuk menyertai pakatan pembangkang yang baharu, Pakatan Harapan dengan syarat ia tidak berpecah semula.
 
Presidennya, Mohamad Sabu menegaskan beliau tidak mahu mana-mana parti atau individu termasuk Pas bersama Pakatan Harapan hanya untuk tempoh singkat sahaja.
 
"Kita kalau boleh lagi banyak parti dalam Pakatan Harapan lagi baik, tapi kena dokong polisi bersama.
 
"Kita tak mahu bersatu sekejap dan berpecah kemudian, kalau boleh," katanya kepada pemberita selepas rundingan meja bulat pembentukan pakatan pembangkang itu di sebuah hotel, di sini, hari ini.
 
[ARTIKEL BERKAITAN: Pakatan Harapan jadi blok baru pembangkang]
 
Beliau mengulas ketidakhadiran pemimpin tertinggi Pas pada rundingan meja bulat dalam rangka pembentukan pakatan pembangkang yang baharu bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang terbubar sejak Jun lalu.
 
Dalam pada itu, Mohamad atau Mat Sabu juga berkata, ketiadaan Pas dalam Pakatan Harapan bukan sesuatu yang janggal kerana kebanyakan yang terlibat dalam penubuhan PR sebelum ini adalah orang yang sama dan berpengalaman.
 
"Walaupun Pakatan Harapan, tapi pemain-pemainnya kebanyakan adalah orang-orang lama yang terlibat dalam penubuhan Pakatan Rakyat dahulu.
 
"Oleh itu, caranya, mekanismenya untuk bergerak, sudah berpengalaman (sama), cuma majlis setiausaha agung dan majlis presiden akan tokok tambah khususnya pandangan daripada NGO untuk kita terus bergerak ke depan," ujarnya.
 
Ditanya jika Pas berhasrat menyertai Pakatan Harapan pada masa akan datang, beliau berkata lagi, penerimaan parti Islam itu memerlukan persetujuan semua pimpinan parti komponen sedia ada. 
 
"Kita akan ambil keputusan bersama, saya tak akan beri pandangan dari parti kami sahaja (Amanah), kerana ia pandangan bersama," jelasnya.
 
Sementara itu, Mat Sabu turut menegaskan bahawa Pakatan Harapan mahu bertanding satu lawan satu pada PRU14 dan bukannya tiga penjuru yang membabitkan BN dan Pas.
 
"Bagi kita (pertandingan tiga penjuru) itu, kita tunggu bila datang pilihan raya, sekarang kalau boleh kita mahu satu lawan satu," katanya lagi. - SH
 

No comments :

Post a Comment