LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

06 September 2015

‘Jangan kacau rumah kami (PAS)’

Admin | 3:34 PM |
ALOR SETAR - Pas Kedah yakin kembali mendapat sokongan masyarakat pelbagai kaum melalui tagline, ‘Pas untuk semua’ (Pas for all).
Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, dakwaan kononnya masyarakat berbilang kaum tidak lagi menyokong Pas, lebih bersifat propaganda politik untuk menjustifikasikan kewujudan parti baharu.
 
“Kewujudan parti baharu itu konon menentang BN, hanya akan membawa faedah kepada BN kerana berjaya memecahkan sokongan terhadap pembangkang,” katanya, pada sidang media, di Kompleks Pas Kedah, kelmarin.
 
Menurutnya, Pas Kedah akan terus istiqamah bersama Pas pusat untuk tidak menjalin sebarang kerjasama politik dengan Umno/BN, terutama dalam usaha pembentukan kerajaan.
 
“Komitmen kita menolak Umno/BN telah dibuktikan menerusi Himpunan Tolak BN yang diadakan pada 22 Ogos lalu, yang berjaya menghimpunkan lebih 30,000 ahli dan penyokong Pas,” katanya.
 
“Sesiapa yang dakwa Pas kini bukan lagi untuk semua, uruslah rumah (parti) baharu yang mereka sertai itu, jangan kacau rumah kami (Pas). Nak korek kolam guna cangkul atau Kubota, itu tanah dia terpulang, hak kami jangan kacau,” katanya, sinis.
 
Mengulas mengenai kehadiran Parti Pekerja Malaysia pada saat PR dan BN berdepan pergolakan, Ahmad Fakhruddin menyifatkan ia belum menjadi kenyataan selagi belum didaftar secara sah bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).
 
“Sukar nak cakap, parti itu dah lama ditinggalkan, entah ROS luluskan atau tidak. Masih belum jelas lagi struktur, pentadbiran dan keahliannya. Jika dakwa mereka mendokong gerakan Islam, sama seperti Pas, tidak pula nampak perkataan Islam pada parti itu, macam mana kata ia gerakan Islam,” katanya.
 
Ditanya jumlah ahli Pas Kedah yang disahkan menyertai parti baharu itu, Ahmad Fakhruddin berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat daripada Pas kawasan mengenai keahlian yang gugur secara automatik. - SH

No comments :

Post a Comment