06 September 2015

Polis: Timbalan Pendakwa Raya dilapor hilang

KUALA LUMPUR - Pihak polis telah menerima laporan mengenai kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Peguam Negara, Anthony Kelvin Morais, 50-an sejak Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R.Munusamy berkata, laporan dibuat oleh abangnya Datuk Richard Morais pada jam 7 malam tadi di Balai Polis Jinjang.

"Buat masa sekarang, saya hanya boleh mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes terbabit. Jika ada apa-apa perkembangan, pihak kami akan memberitahu (pemberita) kelak," katanya kepada Bernama hari ini.
 
Sementara itu Richard enggan mengulas mengenai kehilangan adiknya.

"Saya tak nak komen apa-apa, kita serahkan semuanya kepada polis untuk membuat siasatan," katanya.

Dilaporkan bahawa kali terakhir bekas timbalan pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dilihat ialah semasa meninggalkan kediamannya di Menara Duta di sini pada jam 9 pagi pada Jumaat untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu sendiri kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan numbor pendaftaran WA6264Q.  - Bernama

No comments:

Post a Comment