13 September 2015

18 kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini

KUALA LUMPUR - Sebanyak 18 kawasan di beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, selain Sarawak, situasi sama dialami di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor.

Bukit Rambai mencatatkan bacaaan IPU paling tinggi iaitu 160, diikuti Bandaraya Melaka (159), Port Dickson (147), Banting (144) dan Nilai (142).

Kawasan lain yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Seremban (139), Muar, Pelabuhan Klang (136), Putrajaya (132), Shah Alam (130), Petaling Jaya (127), Batu Muda (115), Cheras (110), Samarahan (109), Kuching, Pasir Gudang(105), Sri Aman (103) dan Kuala Selangor (101).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama

No comments:

Post a Comment