04 July 2015

Sekolah haramkan skirt kerana ganggu perhatian guru lelaki

STAFFORDSHIRE, Britain – Sebuah sekolah di sini mewujudkan peraturan baharu mengharamkan pemakaian skirt dalam kalangan pelajar perempuan kerana didakwa mengganggu perhatian guru dan pelajar lelaki.

Gangguan berkenaan didakwa berlaku terutama ketika pelajar perempuan menaiki tangga atau duduk dalam keadaan tidak sopan.

Berikutan itu, Sekolah Tinggi Trentham di sini kini mewajibkan pelajar perempuan memakai seluar panjang seperti pelajar lelaki bagi memastikan mereka berpakaian secara lebih beretika.

Menurut pengetuanya, Dr. Rowena Blencowe, peraturan itu terpaksa dilakukan selepas mendapati guru-guru banyak menghabiskan masa menegur cara pemakaian pelajar.

“Pelajar perempuan yang memakai skirt biasanya gemar memendekkan kain mereka dengan melipatnya ke atas menyebabkan guru-guru dan pelajar lelaki berasa tidak selesa,” ujarnya. – Agensi

No comments:

Post a Comment