LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

04 July 2015

Najib percaya Dr M di belakang dakwaan beliau ambil wang 1MDB

Admin | 8:25 AM |
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menuduh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di belakang dakwaan terbaru yang beliau mengambil wang dari 1MDB.

Katanya, dakwaan terbaru ialah beliau (Najib) telah mengambil dana negara untuk kepentingan peribadi.

Menurut Najib, beliau percaya Mahathir, dengan bekerjasama dengan rakyat asing, termasuk Sarawak Report, adalah di belakang pembohongan terbaru itu.

Najib berkata demikian dalam satu kenyataan malam ini, merujuk kepada laporan Wall Street Journal (WSJ) awal hari ini yang mendakwa AS$700 juta daripada dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri melalui proksi.

Perdana menteri menyangkal dakwaan itu, dengan menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengambil wang kerajaan untuk kepentingan peribadi.

Katanya, beliau tidak pernah mengambil dana untuk kepentingan peribadi seperti yang didakwa oleh musuh-musuh politiknya - sama ada dari 1MDB, SRC International atau entiti yang lain, seperti yang disahkan oleh syarikat-syarikat berkenaan.

Najib berkata dakwaan terbaru adalah sebahagian daripada siri dakwaan "yang tidak berasas dan keterlaluan" yang dibuat terhadap beliau dan keluarganya.

"Serangan ini bermula apabila saya enggan untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan peribadi Tun Mahathir.

"Saya tidak mahu, kerana saya tidak percaya ianya baik untuk Malaysia diperintah oleh proksi.

"Tun (foto) kemudian mencipta krisis apabila beliau secara melulu mendakwa bahawa RM42 bilion telah hilang dari 1MDB, sedangkan pada hakikatnya, ini adalah hutang diaudit yang disokong oleh RM51 bilion aset yang diaudit," kata Najib. - Malaysiakini

No comments :

Post a Comment