MIRI: Sepasang suami
isteri maut di kediaman pasangan itu di Desa Senadin Lorong 2D di sini,
dipercayai membabitkan kes bunuh dan bunuh diri.
Pemangku Ketua Polis Miri, Supt Stanley
Jonathan Ringgit yang mengesahkan kes itu berkata, berdasarkan siasatan
awal mendapati Wenceslaus Taikim Pancras, 50, telah membunuh isterinya
Sirena Puyang Anyie, 39, dengan menghentak kepala mangsa di lantai.
“Suaminya kemudian membunuh diri dengan
menjerut leher sendiri menggunakan kabel. Motif pembunuhan masih
disiasat,” katanya kepada Bernama di sini malam ini.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku pada sebelah pagi ini, selepas Wenceslaus menghantar dua anaknya ke sekolah.
“Tiada kesan pergelutan dan barang berharga juga tidak hilang,” katanya.
Stanley berkata, Wenceslaus yang bekerja
di sebuah syarikat menjual kereta dan Sirena yang bekerja di sebuah
syarikat swasta, meninggalkan seorang anak lelaki berusia 13 tahun dan
seorang anak perempuan berusia 11 tahun. - http://pakdin.my
No comments:
Post a Comment