Kumpulan itu - yang mendakwa bahawa mereka mewakili NGO Melayu - mula berhimpun di depan Plaza Low Yat petang semalam sebagai tindak balas kepada pergaduhan kelmarin di pusat membeli-belah popular dengan barangan elektronik itu.
Pada petang Sabtu, dilaporkan pergaduhan tercetus di tingkat bawah Plaza Low Yat selepas tujuh belia menyerang pekerja pusat perniagaan itu.
Video insiden itu tersebar dengan begitu cepat sekali di internet, tetapi perbahasan mengenainya bertukar menjadi buruk dan mengikut garis perkauman.
Hal ini walaupun pada hakikatnya polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai rusuhan yang berpunca daripada kes dakwaan kecurian.
Kira-kira 200 orang berkumpul di hadapan pusat membeli-belah itu kira-kira jam 7 malam pada Ahad atas alasan bahawa mereka menuntut keadilan bagi tujuh individu terbabit. - Mkini

Aku dah lama boikot Low Yatt. memang kat sini penipu belaka
ReplyDelete