LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

14 July 2015

Tuan Ibrahim sindir Mat Sabu isu Harapan Baru

Admin | 1:03 AM |
KUALA LUMPUR - Mohamad Sabu perlu rujuk kenyataan beliau sebelum ini, demikian respons Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditanya mengenai penubuhan gerakan baharu oleh Mat Sabu hari ini.
Katanya, sebelum ini Mat Sabu begitu lantang bercakap mengenai perlunya ahli Pas istiqamah dalam perjuangan parti itu, selain seringkali mengingatkan ahli Pas supaya jangan khianati parti.

"‎Beliau sendiri (Mat Sabu) selalu ingatkan ahli  jangan khianati parti , sabotaj parti, kita kena istiqamah..

"Oleh itu saya rasa Mat Sabu perlu semak semula kenyataan beliau sebelum ini," Katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa Pas bersama media di Hotel Plaza hari ini.

Hari ini menyaksikan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad menubuhkan gerakan baharu yang dipanggil harapan baru.

Selain Mat Sabu yang dilantik sebagai pengerusi gerakan itu, ia juga turut menyaksikan penglibatan ahli-ahli Pas yang kalah dalam pemilihan Muktamar Pas tahun ini. - SH

PAS sudah  tersasar jauh.

No comments :

Post a Comment