LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

06 June 2015

Muktamar terima putus hubungan dengan DAP

Admin | 12:58 AM |
Muktamar PAS menerima usul Dewan Ulama PAS supaya Majlis Syura dan PAS pusat memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP tetapi kekal bersama PKR dan Pakatan Rakyat.
Usul yang diputuskan dalam muktamar Dewan tersebut diterima tanpa bahas seperti mana yang diedarkan kepada perwakilan.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Idris Ahmad menjelaskan walaupun usul tersebut diterima tanpa bahas, terpulang kepada jawatankuasa pusat PAS untuk melaksanakannya.

Hampir keseluruhan jawatankuasa Pusat PAS yang baru dipilih dikuasai kumpulan Presiden Datuk Seri Hadi Awang.

"Ia (usul itu) tak bahaslah. Maknanya, jawatankuasa usul diterima tanpa bahas (tetapi) perlaksanaan terpulang kepada jawatankuasalah. Jawatankuasa akan tentukan macam mana nak buat," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Alasan dinyatakan antaranya susulan tindakan DAP yang didakwa tidak menghormati prinsip "bersetuju untuk tidak bersetuju".

Selain itu, DAP juga telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi kekal dengan PAS, yang dianggap satu sikap menghina presiden.

Mereka juga memutuskan hubungan kerjasama politik dengan PAS Sabah dan Sarawak dan didakwa tidak menghormati prinsip dan dasar perjuangan PAS.

Ancam bertembung di DUN Sabah

Sementara itu, seorang perwakilan Sabah memberi amaran kepada DAP dan PKR bahawa PAS mungkin akan bertanding kesemua 32 kerusi DUN dalam pilihan raya umum.

Mohd Zulfikar Abd Mijan berkata tindakan itu susulan sekutu mereka itu enggan memohon maaf kerana “menendang” PAS Sabah daripada Pakatan Rakyat susulan isu hudud di Kelantan.

Beliau menegaskan sehingga kini PAS negeri itu tidak pernah keluar daripada gabungan pembangkang dan tidak sesekali akan tunduk kepada DAP kerana hudud adalah dasar perjuangan mereka.

"PAS Sabah, bersama dengan dasar dan PAS, mempertahankan hudud di Kelantan. Kita tidak akan tunduk kepada DAP.

"Bagaimana kedudukan PAS Sabah, sekiranya DAP dan PKR tidak jemput kita (untuk) minta maaf, PAS Sabah akan bertanding semua kerusi di Sabah.

"Maknanya bukan kita nak menang, PAS Sabah bertanding 30 tahun (dalam pilihan raya), sampai hari ini, tidak ada kerusi.

"Tetapi kita nak beri amaran kepada DAP dan pengundi Islam ada di 32 kerusi di Sabah, sekiranya DAP dan PKR sombong, dia kata, beri kerusi tapi tak boleh menang," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden PAS. - Malaysiakini

No comments :

Post a Comment