Mohamad Sabu berkata, beliau akan melepaskan
semua jawatannya dalam kerajaan Pulau Pinang minggu ini ekoran keputusan
muktamar memutuskan hubungan dengan DAP.
"Kalau saya tak ikut, mereka mungkin kata saya tak taat kepada ulama,"
katanya ketika menyampaikan ucapan sarat dengan sindiran di sesi
penggulungan muktamar PAS di Kuala Selangor hari ini.
Ketika ini Mohamad adalah salah seorang anggota Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang Halal Hab. - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment