KUALA LUMPUR - Kesemua 22 anak kapal tangki MT Orkim
Harmony berjaya dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi ini, menurut Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Datuk Ahmad Puzi
berkata, pembebasan kru kapal itu adalah menerusi rundingan Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM) dengan perampas kapal berkenaan.
Beliau berkata, kapal MT Orkim Harmony akan dibawa ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba seawal 6 petang ini.
"Bagaimanapun, seorang daripada anak kapal berkenaan mengalami cedera
ringan dan akan dihantar ke hospital berdekatan sama ada di Kuantan atau
Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari
ini.
Sementara itu, Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar
ketika dihubungi berkata perampas bagaimanapun berjaya melarikan diri
menaiki bot penyelamat kapal berkenaan kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai
RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika
dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22
anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang
Myanmar.
Sementara itu, menerusi Twitter, Abdul Aziz berkata, mangsa yang cedera
adalah tukang masak warga Indonesia yang terkena tembakan pada bahagian
peha. - SH
Dah lari ke atau dah settle under.....!
ReplyDeleteZaman NAjib ni terlalu banyak BALA yang menimpa Negara. perbuatan apa yang dia dah buat hingga malapetaka di Malaysia bertimpa timpa....Insaf lah. kalau Bala kena kat keluarga dia takpa lah juga tapi Rakyat yang jadi mangsa...mungkin sebab kita yang bersungguh melantiknya. terima saja lah
Ron95 selamat tak ..... selamaaaaaaaat nampaknya
ReplyDelete