20 June 2015

Pekerja bengkel dituduh bunuh teman wanita

Yuwafee Haidi Hamdan
KUALA LANGAT 19 Jun – Seorang pekerja bengkel berusia 26 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datuk di sini hari ini atas tuduhan membunuh teman wanitanya yang merupakan seorang janda pada hujung bulan lalu.

Yuwafee Haidi Hamdan didakwa membunuh Normaizatul Nor Jaya, 22, di bawah jambatan di Jalan Lombong, Sungai Jarum, Banting di sini kira-kira pukul 4 pagi, 29 Mei lalu.

Pertuduhan tersebut dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, K. Saravanan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh oleh Majistret Marsilawati Mohammad Shah.

Mahkamah turut menetapkan 23 Julai ini sebutan semula kes berkenaan.

Semalam, polis menahan seorang lelaki terbabit bagi membantu siasatan berhubung kematian Normaizatul yang merupakan seorang pekerja hotel di Cyberjaya.

Penahanan tertuduh itu dibuat selepas ibu kepada mangsa membuat laporan mengenai kehilangan anaknya setelah keluar bersama teman lelaki yang berusia 26 tahun. - Utusan

No comments:

Post a Comment