LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

19 June 2015

Dua penjenayah ditembak mati

Admin | 11:08 AM |
IPOH - Polis menembak mati dua penjenayah dipercayai warga asing yang terbabit dalam kejadian samun dan pecah rumah berhampiran Kampung Tekah di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu kedua-dua penjenayah terbabit dipercayai melepaskan tembakan ke arah polis terlebih dahulu.
Turut ditemui di lokasi sepucuk pistol semi automatik dipercayai milik penjenayah terbabit.
Ketika ini polis sedang menjalankan gerakan memburu seorang lagi penjenayah yang dipercayai masih bersembunyi di sekitar kawasan belukar berhampiran.
Operasi menjejaki penjenayah turut disertai  anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Anjing Pengesan (K9). - SH
 

No comments :

Post a Comment