06 June 2015

DHPP hairan ulama tak kawal fitnah dalam PAS

Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.

Pada masa yang sama, beliau bertanya kepada PAS khususnya kumpulan ulama sama ada terdapat larangan dalam al-Quran yang menghalang seseorang melakukan amalan berkenaan.

"Saya tidak pasti sama dalam Islam, dalam al-Quran ada tidak larangan supaya jangan memffitnah dan jangan melabel orang lain. Kalau ada, kenapa ulama tidak mengawal ini berlaku dalam parti.

"Kenapa ulama tidak menegur gejala ini. Kalau label melabel ini ada dalam al-Quran, saya minta jasa baik ulama agar menunjukkan saya ayat mana dan terjemahannya.

"Kami ingin sangat mengamalkan kerana DHPP tidak mahu amalan fitnah dan label melabel berlaku dalam DHPP. Kami berharap Islam yang dibawa oleh kepimpinan ulama supaya ke hadapan.

"Kami menumpang kasih Islam yang dibawa oleh PAS," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam muktamar PAS di Kuala Selangor hari ini. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment