PETALING JAYA: DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
memang merancang untuk menjadikan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia
(PasMa) sebagai sebuah parti parti politik bagi menggantikan Pas.
Pengakuan itu dibuat oleh bekas EXCO Selangor dari DAP, Ronnie Liu, menerusi statusnya di Facebook.
Dia
mengharapkan bekas Timbalan Presiden Pas yang gagal mempertahankan
jawatan itu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu dan pemimpin Pas lain yang kalah
supaya meninggalkan Pas dan menjadikan PasMA sebuah parti politik
seperti dirancang.
Bekas EXCO Kerajaan Tempatan selama sepenggal
itu, berkata, gabungan DAP, PKR dan Pasma akan memberi nafas baharu
kepada Pakatan Rakyat (PR).
"Mudah2an Mat Sabu dan rakan2 akan
keluar en block dan jadikan pasma parti politik seperti yang dirancang.
Pkr + dap + pasma....satu pakatan rakyat yg baru, dengan nafas yg baru,"
tulisnya.
Menerusi komen-komen terhadap status itu, Liu percaya
pemimpin DAP dan PKR akan mengadakan pertemuan dalam waktu terdekat
untuk membincangkan masa depan PR tanpa Pas.
Kekalahan teruk pemimpin Pas pro liberal memberi tamparan hebat kepada DAP dan PKR yang bimbang Pas akan meninggalkan PR. - FMT
Elok bebenor le kawan pun nak daftar Pasma. Pasma gi settle dengan ROS dulu. ramai nak daftar ni tapi jangan buat perangai seperti PAS yang baru ni.
ReplyDeleteTak gemor teman. parti politik tetap politik. nak sembang Agama takda masalah jangan terlalu rasis sangat. Agama Islam pun menyuruh berbaik baik dengan agama dan bangsa lain.
Jangan berselindung disebalik Agama pulak Pasma. berani bersuara tak seperti kes Tabung Haji, Pas diam wat bodoh je nampak sangat takut duit bertanding dalam parti nanti takda yang nak support.
Kemenangan PAS baru2 ni nampak Pelik. jangan salah kan CHAI tapi bodoh kan yang mengundi dia faham ke bezakan parti politik dan Agama.
Politik satu dr cabang dlm agama islam..pergilah belajar di msjd/surau takut2 bebal sampai ke tua. Say no to sekularisme.
ReplyDelete