LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

12 June 2015

Cuti setahun bergaji untuk suami yang baharu menimang cahaya mata

Admin | 9:58 AM |
Sir Richard Branson
SEBELUM ini hanya ibu yang diberi cuti bersalin, namun sebuah syarikat turut memberi kelebihan yang sama kepada kaum bapa.

Jutawan dan juga pengasas syarikat Virgin Empire, Sir Richard Branson, 64, memperkenalkan satu polisi baru kepada pekerja lelaki yang baharu menimang cahaya mata di syarikatnya iaitu dengan memberi cuti setahun bergaji.

Polisi baharu itu ditawarkan kepada kakitangan di bawah Virgin Management dan pekerja yang telah berkhidmat empat tahun atau lebih akan dibayar gaji penuh sepanjang bercuti manakala bagi pekerja yang berkhidmat kurang daripada dua tahun akan dibayar gaji sebanyak 25 peratus.

Malah polisi ini turut membabitkan mereka yang mengambil anak angkat.

Menurut, Sir Richard, kemudahan ini diberikan supaya pekerjanya dapat menghabiskan banyak masa bersama keluarga.

"Saya percaya, jika kita menjaga kebajikan pekerja, maka pekerja akan menjalankan tugas dengan baik.

"Sebagai seorang bapa dan datuk kepada tiga orang cucu, saya faham bagaimana sibuk dan pentingnya tahun pertama sebagai ibu bapa," katanya dipetik Mirror.uk. - SH

No comments :

Post a Comment