BEIJING, 11 Jun: Bekas Ketua Keselamatan China, Zhou Yongkang
dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, atas kesalahan rasuah,
penyalahgunaan kuasa dan membocor rahsia negara.
Zhou adalah bekas pegawai kerajaan berpangkat paling tinggi yang disiasat untuk kes rasuah dalam tempoh beberapa dekad ini.
Agensi berita Xinhua melaporkan, Zhou mengaku bersalah dalam satu perbicaraan tertutup di Bandar Tianjin, utara China.
Zhou adalah bekas anggota badan pembuat keputusan tertinggi di China,
Jawatankuasa Tetap Politburo untuk Parti Komunis dan mempunyai pengaruh
besar sebagai Ketua Polis Negara dan Mahkamah sehingga persaraannya pada
2012.
Khabar angin yang tersebar selama berbulan-bulan, akhirnya disahkan
dengan pengumuman parti itu bahawa Zhou sedang disiasat pada Julai tahun
lalu.
Dia kemudiannya dipecat daripada parti pemerintah itu dan ditahan pada Disember 2014, sebelum didakwa dua bulan lalu. - TRPost
No comments:
Post a Comment