13 June 2015

Pahrolrazi Umum Tubuh Parti Baharu

SHAH ALAM: Presiden Persatuan Ummah Malaysia (PasMa), Datuk Pahrolrazi Mohd Zawawi mengumumkan penubuhan sebuah parti politik baharu yang mesra pembangkang.
Menurut wakil rakyat PAS dari Kedah itu, parti baharu berkenaan bakal mengamalkan konsep terbuka yang akan menerima penyertaan daripada pelbagai kaum.

Tambah Phahrolrazi, perkembangan politik semasa memerlukan sebuah pakatan pembangkang yang baharu antara DAP, PKR serta parti baharu tanpa PAS.

"Dengan senario politik hari ini, PasMa mengambil satu ketetapan bahawa sebuah sebuah parti politik baharu perlu ditubuhkan dan peranan PasMa adalah kesinambungan PAS dalam komponen Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media selepas Wacana PasMa Nasional ke arah mengukuhkan Pakatan Rakyat di sini, lewat petang Sabtu.

Tambah beliau, jawatankuasa penaja parti baharu itu dijangka akan dibentuk selepas sambutan Aidilfitri Julai depan. - Mstar

No comments:

Post a Comment