06 November 2014

Rayuan akhir Anwar masuk hari ketujuh

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini akan mendengar hujahan semula pasukan pembelaan bagi rayuan akhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung hukuman lima tahun penjara yang dihadapinya selepas Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah dalam kes liwat pembantunya pada 2008.


Empat peguam anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram, Gobind Singh Deo, Ram Karpal Singh dan Sangget Kaur Deo akan mengemukakan hujahan semula dihadapan panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria selepas ketua pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selesai memberikan hujah pendakwaan.

Beliau bersidang bersama-sama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif dan Hakim Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Mahkamah sedang mendengar rayuan akhir Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya itu, enam tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah, 7 Mac lalu selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu pada 9 Januari 2012.

Anwar, 67, disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. - SH

No comments:

Post a Comment