14 July 2014

Rumah dirompak, keluarga Datuk Yusof Haslam masih trauma








KUALA LUMPUR: Baru-baru ini kediaman pengarah terkenal Datuk Yusuf Haslam telah dimasuki perompak dan kejadian itu sekaligus menyebabkan keluarganya masih lagi berada dalam keadaan trauma.


Malah isterinya Datin Fatimah dan anaknya Syafiq seolah-olah tidak percaya dengan insiden yang terjadi kepada keluarga mereka.

“Syafiq yang paling trauma, dia tengok di CCTV, biliknya digeladah dan diselongkar… Kemudian perompak itu telah mengambil cincin serta jam tangannya,” katanya ketika menjadi tetamu undangan rancangan bual bicara H Live,’ Apa Kata Malaysia.’

Menurut Datuk Yusof, sebelum kejadian itu berlaku dia mengakui pernah bermimpi kediamannya yang terletak di Bukit Melawati dimasuki perompak.

“Saya pernah bermimpi rumah saya dimasuki perompak, ketika kejadian ianya adalah realiti bukan lagi mimpi lalu saya menembak dinding untuk menakut-nakutkan penjenayah,” ujarnya.

Tambahnya lagi, tuan rumah mempunyai hak untuk menembak penjenayah sekiranya keselamatan dan nyawa terancam demi mempertahankan diri.

“Dalam rumah kita memang ada kuasa, kecuali di luar rumah, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menembak suspek atau penjenayah, itu di luar bidang kuasa kita, hanya pihak polis yang boleh mengambil tindakan,” jelasnya.

Selepas kejadian itu, Datuk Yusof Haslam mengambil langkah berjaga-jaga dengan mempertingkatkan lagi sistem kawalan keselamatan dan menambah bilangan CCTV di sekitar rumahnya. - Astro

1 comment:

  1. tak kan tambah cctv saja tambahlah taqwa pada Allah yang memberi keamanan sejati
    berdoa kepada Allah pencipta sekelian alam

    ReplyDelete