14 July 2014

Ugutan bunuh dalam FB

Alor Setar: Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap seorang blogger bagi membantu siasatan berhubung kes mengugut bunuh Menteri Besar Kedah dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah.


Suspek berusia 37 tahun ditahan di Shah Alam, Selangor petang semalam, direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, suspek ditahan kira-kira jam 5.45 petang semalam di Shah Alam, Selangor.

Katanya, tindakan terhadap suspek dilakukan selepas polis menerima sebanyak empat laporan polis daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati terhadap kenyataan dibuat di laman Facebook (FB) pada Jumaat lalu.

"Berikutan daripada laporan dibuat itu, polis menjalankan satu operasi dan berjaya menahan suspek petang semalam," katanya. - Mymetro

No comments:

Post a Comment