PETALING JAYA: Kehadiran Ramadan berjaya membuka hati pelakon Neelofa untuk berubah selepas dia memilih untuk memakai tudung.
Pengurus kepada pelakon itu, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali
sebagai Shawn Amer berkata, Neelofa, 25, membuat keputusan berkenaan
pada Selasa (hari ini) dan langkah itu adalah satu perubahan positif
buat dirinya.
"Benar, Neelofa sudahpun berhijab dan dia telah mengesahkan perkara tersebut kepada saya pada hari ini (Selasa).
"Dia juga melihat perubahan yang dilakukannya adalah satu perkara yang positif buat dirinya," katanya kepada mStar Online.
Shawn diminta mengulas mengenai kenyataan adik pelakon itu, Ameera, yang
memuat naik foto Neelofa bertudung di Instagram miliknya dengan kapsyen
rasa bersyukur dengan perubahan yang dilakukan oleh kakaknya itu
lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.
Neelofa tidak dapat dihubungi memandangkan dia sedang membuat rakaman
suara bagi program Meletop yang akan bersiaran secara langsung pada
malam Selasa di Astro Ria pada pukul 9 malam.
Dalam pada itu, Shawn berkata, sebelum membuat keputusan untuk berhijab,
dia sudah mula memakai tudung secara perlahan-lahan sejak tiga bulan
lalu.
"Alhamdulillah, berdasarkan pemerhatian saya, Neelofa berubah secara
perlahan-lahan dan sejak tiga bulan lalu, dia kerap berhijab. Tidak
sangka pula dia melakukan perubahan secepat ini.
"Bukan sahaja lebih positif tetapi wajahnya dilihat sentiasa gembira. Apa-apapun kita mendoakan yang terbaik untuknya," ujarnya- Mstar
No comments:
Post a Comment