01 July 2014

Negara Islam ISIL undang tambahan tentera AS

Ekoran pengiystiharan pembentukan sistem khalifah Islam oleh kumpulan bersenjata Negara Islam Syria dan Levant (SIL) , Amerika Syarikat (AS) kini bersedia menghantar tambahan tentera ke Iraq.


Presiden Barack Obama (bawah) berkata akan menghantar kira-kira 200 tentera ke Iraq atas alasan melindungi kepentingan rakyat Amerika dan kedutannya di Bagdad di tengah-tengah pertempuran sengit kerajaan dan kumpulan bersenjata Sunni.

AS turut menghantar helikopter perang dan pesawat drone, lapor Al Jazeera.

Seramai 200 pasukan tentera itu tiba di Iraq pada Ahad bagi menambahkan kawalan keselamatan di kedutannya, kemudahan sokongannya serta lapangan terbang Baghdad.

“Pasukan ini berasingan dan terpisah daripada 300 pegawai yang diluluskan oleh presiden untuk menubuhkan dua pusat operasi bersama dan menjalankan penilaian bagaimana AS boleh memberi sokongan tambahan kepada pasukan keselamatan Iraq,” seorang jurucakap tentera Pentagon dipetik sebagai berkata.

Langkah terbaru AS itu dilihat sebahagian daripada usaha pentadbiran Obama membantu Perdana Menteri Iraq Nouri al-Maliki bagi menangani asakan ISIL.

Seorang pegawai AS yang enggan namanya dinyatakan berkata, negara kuasa besar itu mempertimbangkan mengadakan operasi ketenteraan bersama di Barat Laut Iraq, kawasan separa automoni Kurdish.

Walaupun belum muktamad, pegawai itu berkata pusat operasi baru, kedua ditubuhkan AS selepas keselamatan negara itu terancam awal bulan lalu, akan ditempatkan di Utara Iraq, berdekatan Syria dan Turki. - Mkini

No comments:

Post a Comment