02 July 2014

Google beli Songza

SAN FRANCISCO: Google mengumukan membeli Songza, syarikat penstriman muzik secara online yang mencadangkan lagu yang mungkin diminati pendengar.

Butiran janji niaga itu belum diumumkan, tetapi sumber memberitahu ia mungkin membabitkan pertimbangan AS$15 juta (RM48.1 juta).

“Kami teruja mengumumkan bahawa kami kini adalah sebahagian Google,” umum Songza dalam laman sesawangnya.

“Kami tidak dapat fikirkan syarikat lebih baik untuk disertai dalam usaha kami menyediakan runut muzik bagi setiap keadaan anda,” menurut syarikat itu tetapi menjelaskan tiada perubahan segera yang dirancang bagi perkhidmatan percuma itu melainkan menjadikannya lebih cekap, pantas dan mudah digunakan.


Songsa mencadangkan senarai lagu berdasarkan di mana seseorang pendengar berada dan apa yang mereka buat seperti memulakan hari di rumah, bekerja keras di pejabat atau bersenam.

Ia mempunyai aplikasi yang disesuaikan untuk peranti mudah alih sama ada menggunakan perisian Apple atau Android.

Google pula mengumumkan ciri Songza yang sudah sebati dengan pengguna akan diadunkan dengan Google Play Music dan YouTube. - AFP

No comments:

Post a Comment