SHAH ALAM - Ahli Akademik, Profesor Dr Mohd Asri Zainul Abidin
mencadangkan supaya Malaysia mengwujudkan tanda 'haram' sebagai
menggantikan sijil halal sedia ada.
Menurut Mohd Asri, perubahan itu penting kerana sebagai negara Islam, barangan halal lebih banyak daripada barangan yang haram.
"Pasal kita pergi rumah orang Islam dalam negara yang dikatakan negara Islam, sepatutnya tidak timbul soal haram.
"Yang haram itu sedikit, kalau kita hendak cop, kita cop yang sedikit
itulah. Apa yang jual haram, kalau dia tidak cop haram kita ambil
tindakan.
"Bagi saya tiada orang buat cop haram palsu. Langkah ini akan
memudahkan lagi umat Islam di negara kita, sepertimana yang dibuat di
Tesco iaitu ada bahagian Non Halal," katanya ketika sesi wacana Sinar
Harian kali siri ke-29 hari ini. - SH
No comments:
Post a Comment