SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan
penemuan DNA babi (porcine) dalam produk makanan Coklat Susu dengan
Kacang Hazelnut dan Coklat Susu dengan Kacang Badam jenama Cadburry
Dairy Milk.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan
analisis yang diambil dari tiga sampel, dua daripadanya didapati
mengandungi porcine manakala satu lagi produk iaitu Coklat Susu Cadburry
Dairy Milk Chocolate dikesan tidak mengandungi DNA tersebut.
"Ini bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi
kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan
makanan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, pihak pengeluar produk, Cadburry Confectionery Malaysia
Sdn Bhd memberi jaminan untuk menarik balik produk terbabit dari
pasaran dengan serta-merta.
"Kami ingin menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok
(batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya,"
jelasnya.
Orang ramai dan pengguna boleh merujuk laman web Bahagian Keselamatan
dan Kualiti Makanan (BKKM) di http://fsq.moh.gov.my atau
www.facebook.com/bkkmhq untuk sebarang soalan dan pertanyaan. - SH
No comments:
Post a Comment