KUALA LUMPUR: Bekas AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya
PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (gambar) kembali ke rahmatullah kerana
komplikasi darah tinggi dan buah pinggang di Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras 12.05 tengah hari ini.
Menurut
menantu keempat Allahyarham, Mahazan Hashim, ketika ini jenazah masih
berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi urusan
mengeluarkan jenazah.
Sejurus itu, jenazah Allahyarham akan
dibawa ke rumahnya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, sementara nmenanti
kepulangan seorang anaknya yang menuntut di Mesir.
Jenazah
Allahyarham dijangka akan disempurnakan dan disolatkan pada jam 2.30
petang ini, di Surau Al-Mustakimah, Bandar Tun Razak, dan seterusnya
dibawa ke Melaka untuk dikebumikan di kampung halamannya. di Tanjung
Bidara.
Allahyarham sebelum ini hampir sebulan menerima rawatan di HUKM ekoran komplikasi penyakit yang dihidapinya.
Pada
Khamis lalu, keadaan Allahyarham semakin merosot apabila doktor
mengesahkan terdapat jangkitan kuman di dalam badan Allahyarham dan
dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
Sejak
Khamis lalu, Allahyarham sudah tidak sedarkan diri sehingga
menghembuskan nafas terakhir di samping isteri dan anak-anaknya.
Allahyarham meninggalkan dua orang balu, Maya Sulaiman dan Aziah Saad, serta 13 orang anak. - HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment