Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar
kenyataan ulama muda Umno dan menyifatkannya sebagai tindakan biadap
apabila menyamakan Muslimah bertudung labuh yang menyertai perhimpunan
Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu dengan
pelacur kelas atasan.
Katanya, tindakan Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman
menggunakan hadis dilihat bukan sahaja menghina malah ia amat
menjatuhkan martabat Rasulullah.
Mohd Asri berkata mengkritik atau mempunyai perbezaan pendapat itu
merupakan satu perkara yang seringkali terjadi, namun bukan sehingga
mengeluarkan kata-kata menghina.
"Ulama muda Umno membuat satu kenyataan yang biadap sama ada setuju
atau tidak, kita boleh mengkritik, tetapi menyamakan mereka dengan
pelacur malah menggunakan agama itu ialah satu kebiadapan dan lambang
buruknya nilai akhlak dan perilaku.
"Kemudian dia juga cuba untuk mempertahankan kenyataannya itu dengan
menggunakan hadis yang salah, ia menjatuhkan dan seakan-akan menghina
Rasullah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kenyataan ulama Umno yang menyamakan Muslimah bertudung yang menyertai
protes sama dengan pelacur golongan atasan ditulis dalam entri laman
Facebooknya atas nama 'Abu Amru Radzi Othman' pada Jumaat lalu.
Pada
laman Facebooknya turut menyatakan lelaki yang menyokong Muslimah
bertudung tersebut keluar berdemonstrasi ibarat para pelanggan yang
ghairah merasai pelacur yang dilanggannya.
"Muslimah tuduh labuh yang keluar berdemonstrasi adalah setaraf dengan pelacur atasan.
"Hendak saya samakan para Muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul
Mukminin, jangan harap," katanya seperti yang dipetik dalam laman
Facebook itu.
Selain itu, bekas mufti itu turut menolak dakwaan ulama Umno itu
terhadap kritikan menyatakan ia sebagai kiasan dan ramai yang tidak
memahami bahasa Melayu.
"Ini bukan mengenai pandai atau tidak bahasa Melayu atau faham atau
tidak, kerana individu yang menulis itu pun bukannya tahu bahasa Arab,"
kata Mohd Asri.
Katanya, golongan seperti ini menggunakan agama untuk memaki orang
lain, berniat jahat dan menunjukkan kecenderungan sangat bahaya.
"Budaya maki hamun ini sangat merbahaya," katanya.
Justeru itu, beliau menyarankan supaya Umno cuba mengelakkan daripada
mempunyai kaitan dengan golongan yang berakhlak sedemikian.
"Kita katakan buruk nilai budinya. Saya rasa Umno perlu mengelak daripada dikaitkan dengan ahli seperti ini," katanya.
Bagaimanapun, status ulama Umno itu menerima kritikan daripada pengguna Internet yang lain dalam Facebooknya.
Ekoran daripada kritikan tersebut, pada hari yang sama, ulama Umno itu
sekali lagi menulis di entri Facebooknya untuk mempertahankan
kenyataannya itu.
Dalam statusnya Abu menulis, "siapa yang terasa adalah jahil budaya"
yang merujuk kepada kenyataan menyamakan penyertaan Muslimah bertudung
dalam demonstrasi sebagai pelacur golongan atasan.
Katanya lagi, mereka yang mengkritik kenyataan itu jelas jahil dengan budaya Melayu walaupun berbangsa Melayu.
"Guru bahasa Melayu sering berkata bahawa bukan semua bangsa Melayu itu faham bahasa dan budaya mereka," katanya.
Ulama muda Umno itu mengakui kenyataannya itu mengundang ketidakpuasan
hati orang ramai, terutama peserta demonstrasi Khamis lalu.
"Tapi tidak kurang juga orang yang condong kepada PAS dan neo-Khawarij
dan beberapa orang yang kononnya berbudaya tinggi merasa kecil hati
lantas marah," katanya.
Ulama muda itu turut mempertahankan kenyataannya itu dengan
menyamakannya dengan karya novel SHIT tulisan sasterawan negara Datuk
Shahnon Ahmad.
Katanya, sekiranya novel tersebut banyak dipertahankan orang ramai, jadi mengapakah kenyataannya dikritik.
"Kalau buku SHIT dipertahankan lalu ibarat di atas tentang sebab apa, sebab ibarat itu terkena batang hidung sendiri," katanya.
1 Mei lalu menyaksikan puluhan ribu rakyat turun ke jalanan dalam
demonstrasi bantahan besar-besaran pelaksanaan cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST).
Demontrasi itu dianjurkan gabungan bersama 95 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik. – 5 Mei, 2014. - TMI
Siapa yg beri mamat ni title ULAMA? Adakah umat seperti ini layak dipanggil ULAMA? Cukup ke ilmu untuk mendapat title seperti itu? Makin ramai lah NEGARA ini wujud ULAR DALAM SEMAK..!
ReplyDeleteNama sebenar ABU AMRU ni adalah ABU LAHAB..... Sayang nama yg diberikan oleh bapanya sangat molek tetapi akhlaknya yg menukarkan namanya kpd ABU LAHAB B. ABU LAHABAU.
ReplyDeleteCari glamer cara mudah dan murahhh..utk maju ke depan...org melayu beradab..xguna bahasa kasar..ibu dan istri die xpakai tudung labuh lah nie...
ReplyDelete