05 March 2014

Penjual ikan dipenjara 14 tahun 13 sebat rompak Mufti Perlis


PETRA JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 13 sebatan terhadap seorang penjual ikan yang didapati bersalah merompak Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya, Ogos tahun lalu.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shariman Alwi yang didapati bersalah menceroboh kediaman Juanda dan merompak sejumlah wang tunai dan barangan berharga pada jam 4.30 pagi 16 Ogos tahun lalu.

Ketika ini tertuduh sedang menjalani hukuman penjara tujuh tahun serta lima sebatan atas kesalahan ragut yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen di sini 10 Oktober tahun lalu dan hukuman terhadap kesalahan merompak Juanda itu hanya akan dilaksanakan selepas hukuman itu selesai.

Ini menjadikan tertuduh menerima hukuman keseluruhan 21 tahun penjara dan 18 sebatan. - BH

No comments:

Post a Comment