05 March 2014

10 Pelajar Sekolah Maut Akibat Denggi


PUTRAJAYA: Seramai 10 pelajar sekolah maut akibat demam denggi sejak sesi persekolahan dibuka pada Januari lalu.

Timbalan Menteri Pelajaran II P. Kamalanathan berkata, daripada 18,165 kes demam denggi yang dilaporkan sejak Januari hingga 2 Mac, sebanyak 3,571 (19.6 peratus) kes melibatkan pelajar sekolah.
"Kementerian melihat jumlah itu sesuatu yang membimbangkan dalam peningkatan kes denggi yang serius. Oleh itu kami sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan keadaan terkawal," katanya selepas merasmikan Program Patrol Denggi 2014 pada hari Rabu.

Beliau berkata, selain mengekalkan kebersihan di dalam kawasan sekolah, kawasan sekitar di luar sekolah juga perlu sentiasa bersih daripada tempat pembiakan denggi.

Daripada 10 kematian denggi yang melibatkan pelajar sekolah, empat terdiri daripada murid sekolah rendah manakala selebihnya pelajar sekolah menengah. - Mstar

No comments:

Post a Comment